Thursday, March 7, 2013

Mukadimah



Dah masuk 5 hari baru nak mulakan satu permulaan..salam sanjung buat pembaca. Sepuluh jari rapat disusun, sepuluh lebar harap bersantun. Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim.. Maka mula lah satu perjalanan yang disangka remeh dan kerdil. Senang hati mahu berkongsi pada semua, perjalanan yang gundah gulana, penuh debaran setiap satunya, harapan untuk semua terhibur hendaknya.. Haha inilah saya, seorang penglipur lara, kecil kecilan; sendiri pun tak menduga. Ayat ayat sangat? Entahlah dah terbiasa dengan bahasa macam ni.. Sedaya upaya nak kekalkan blog ni lite lite je jadi senang pembaca tak perlu nak pening kepala. Okay macam ni lah, berterus terang lagi baik kan? Nak cari teman/kawan untuk berkongsi cerita bukan senang, dan bukan semua sudi nak dengar pun. Jadi terbitlah blog ni, rasa macam ada je tempat mengadu..haha. Tajuk blog; Aku Patut Tidur, sebenarnya saya memang susah sikit nak tidur..ada je macam macam nak difikirkan. Tidur tu best, terlalu best sampaikan sebelum nak tidur tu sendiri memikirkan betapa indahnya dapat mimpi yang macam tu yang macam ni...last last dah puas berangan tak tidur pulak kan. Haha itu saya. I'm a dreamer. I think a lot. And there always something up my mind. So...ampun dan maaf kalau kalau mungkin ada bahasa yang agak terasa, harap harap singgahan sekejap ni dapat menghibur atau memberi inspirasi pada semua pembaca.. Jaga diri, kasihani diri, jadi seorang yang sejati.. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...