Hari ini; Jumaat.
Hujan tak singgah macam selalu selalu seperti semalam semalam dalam minggu ini. Belakangan ini pun, aku tak tahu kenapa lekas betul aku celik mata padahal aku selalunya tidur lewat, kekadang sampai jam satu lebih atau dua. Pun tetap lima setengah, selalu bunyi Twitter notification aku rajin kejutkan.
Entah siapa siapa. Jumaat ini tak ada beza dengan jumaat selalunya. Celik mata pusing ke kanan, kosong. Ke kiri pun kosong. Macam biasa, terus bersihkan diri menunggu subuh. Jumaat ini tetap serupa. Bukan jumaat saja serasanya, sama juga dengan hari-hari lain. Terus ke jendela yang pintu kacanya selalu tertutup, kerja akulah yang membukanya kalau subuh. Dari sini; aku pandang tegak ke langit. Macam macam aku fikirkan pagi ni. Harapan tanggal March 15 dapat membuahkan sesuatu kelainan. Teringat aku pada seorang kawan, tak jauh tapi jenuh juga duduk dalam kereta kalau ke rumahnya. Perlu seberang tambak, lagi tambahan setengah jam ke kediamannya. Ben. Bisikan hasrat Ben pada aku dulu "You penulis yang bagus dan you ada cerita hidup yang bagus. You tak perlukan cerita orang orang lain. You dah ada sebuah hidup yang paling bagus untuk dibukukan untuk orang lain baca..." Aku iyakan saja. Memang aku mahu kongsikan satu satu kenangan dalam buku buku aku untuk pembaca pembaca cerita aku. Cumanya aku belum tahu apa dan mana satu yang patut dimulakan kerana semuanya bermakna belaka. Belum habis siap satu cerita, aku sudah memikirkan tentang cerita yang lagi satu.
Begitulah aku...
No comments:
Post a Comment