Termimpi, terjaga, mengelamun....mimpikan pada yang dipanggil Sang Ungku. Hebat cerita, hebat lagi realiti. Yang mimpi tu, tak releven nak diceritakan. Harap pembaca faham situasi ni. Jauh dia duduk diam diam. Bila lagi agaknya bersua. Kalau diizin, genaplah 2 kali Lebaran nanti dia meninggalkan. Apa agaknya dia disana, apa agaknya keringat dia, apa agaknya.. Bila dikata tak indah, tipulah..macam macam kami simpan dan satu satu saya hapuskan. Yang ada, tinggal sebentuk cantik tersemat di jari manis. Mungkin tak lama, mungkin juga dipulangkan satu hari nanti.
Tentang rupa; tinggi orangnya. Sedap mata memandang. Cantik senyumnya..menampakan barisan gigi atas hehe Tentang personalitanya; wow mencairkan..ahh bila dia cakap "i see you later, hun" je pun dah boleh menggigil terus cair.
Tentang kasih sayangnya; pemurah hati..tak rugi. Kalau diberi sebakul rotan, dipenuhinya dengan gula gula..indah gebunya. Haha
Tentang caranya; sengaja dibiar menarik muka, datang tepat masanya...something you might think this is silly, di hantarnya sekeping poskad, setiap hari yang setiap satu tertera "Aku Sayang Kau Gila!" i mean, haha isn't this crazy? Setakat yang disimpan adalah dalam 137 keping.
Tapi itu semua dah berlalu. Doaku sentiasa untukmu, wahai Sang Engku. Moga bertemu lah kamu dengan kehebatan. Moga kau tenang disana..
"Dalam kepala asyik teringatkan perkara itu dan perkara ini, Dalam kepala asyik kata pekiklah tentang kau yang layak dicintai, Dalam kepala asyik aku sedang berbesar hati merindu seseorang..disayangi..dicintai.."
No comments:
Post a Comment