Thursday, March 28, 2013

Manis

Kalian semua manis. Dan aku sangat canggung. Maka aku cuma diam. Dan simpan rindu yg menggunung.

Sunday, March 24, 2013

Hari Itu Hari Yang Biasa

"I guess i never let you go because in the back of my mind i still believe that someday, we'll get our second chance." 

Hari itu hari yang biasa. 
Aku sudah lupa hari itu, hari apa cuma yang terlekat dalam akar akar kepala adalah perasaan aku yang sungguh terdesak mahukan dia. Terdesak mendambakan hangatnya pelukkan dia kerana aku sudah terlalu lama pujakan cintanya. Mulanya aku tak pasti, keterdesakan yang bagaimana tapi pokoknya aku perlu jumpa dia. Aku mahukan dia. Biar dia tak tahu tentang perasaan aku tapi tetap aku mahukan dia. Biar mahu difikirkan apa oleh dia pada aku. Aku hanya mahukan dia! Jadi aku taip text yang berupa "Jum lepak *****, havin coffee.." Dan dia katakan 'ya'. Ah! Aku suka! Jadi malam itu kami bersua. Habiskan masa senggang di tengah kota, berdua. Jalan jalan melihat itu, membeli ini. Merayau entah lagi. Senang rasanya hati. Makin lama, makin rasa bahagia. Entah kenapa. Senang bila dengan dia. Aku terpaku. Mulalah datang semua satu persatu. Yang aku sudah terikat dengan kemanisan. Yang dia sudah berpunya. Simpan lagi aku dalam dalam. Hakikatnya, kami gembira dengan yang sekarang. Sahabat. Habis? Haha! Belum lagi. 


Dihadiahkannya sepasang sepatu. Tak mampu aku berkata. Tak mahu, tapi daripada dia. Kalau daripada dia dengan senang hati aku terima. Walau sekeping gula getah pun aku sanggup kunyah kalau daripada dia. Senang hati. Peluk aku dengan kotak sepatu baru sepanjang perjalanan. Indah tapi sejuk..bukan lagi milik aku..

Friday, March 15, 2013

Jumaat Yang Biasa


Hari ini; Jumaat. Hujan tak singgah macam selalu selalu seperti semalam semalam dalam minggu ini. Belakangan ini pun, aku tak tahu kenapa lekas betul aku celik mata padahal aku selalunya tidur lewat, kekadang sampai jam satu lebih atau dua. Pun tetap lima setengah, selalu bunyi Twitter notification aku rajin kejutkan. Entah siapa siapa. Jumaat ini tak ada beza dengan jumaat selalunya. Celik mata pusing ke kanan, kosong. Ke kiri pun kosong. Macam biasa, terus bersihkan diri menunggu subuh. Jumaat ini tetap serupa. Bukan jumaat saja serasanya, sama juga dengan hari-hari lain. Terus ke jendela yang pintu kacanya selalu tertutup, kerja akulah yang membukanya kalau subuh. Dari sini; aku pandang tegak ke langit. Macam macam aku fikirkan pagi ni. Harapan tanggal March 15 dapat membuahkan sesuatu kelainan. Teringat aku pada seorang kawan, tak jauh tapi jenuh juga duduk dalam kereta kalau ke rumahnya. Perlu seberang tambak, lagi tambahan setengah jam ke kediamannya. Ben. Bisikan hasrat Ben pada aku dulu "You penulis yang bagus dan you ada cerita hidup yang bagus. You tak perlukan cerita orang orang lain. You dah ada sebuah hidup yang paling bagus untuk dibukukan untuk orang lain baca..." Aku iyakan saja. Memang aku mahu kongsikan satu satu kenangan dalam buku buku aku untuk pembaca pembaca cerita aku. Cumanya aku belum tahu apa dan mana satu yang patut dimulakan kerana semuanya bermakna belaka. Belum habis siap satu cerita, aku sudah memikirkan tentang cerita yang lagi satu. Begitulah aku...

Thursday, March 14, 2013

Step Up


When a resolute young fellow steps up to the great bully, the world, and takes him boldly by the beard, he is often surprised to find it comes off in his hand, and that it was only tied on to scare away the timid adventurers.

Wednesday, March 13, 2013

Hari Untuk Dia


"Cenderawasih lalu aku serukan, nyanyikan lagu malam beradumu.."

Keterbukaan seharian aku belakangan ini begitu asyik. Memang iya, aku sudah kurang menghasil sebaik baik rupa perhatian pada dia. Kehidupan aku sudah beza. Seiya sekata hati yang mahukan keberjayaan dalam titik titik masa supaya jangan berterusan dungu lewa seperti di suatu ketika dulu. Kehidupan harus lebih ke hadapan. Untuk dinilai dan dihormati manusia manusia keliling. Inikan dia, menanti dengan setia. Bukan satu perkara asing yang dulu mula mula baru bersama. Kerling bila nyata aku tak perhatikan dia. Andai lubuk lubuk jauh dalam. Senang nanti aku isikan. Salah sendiri, langsung sunyi bersendiri. Bila datang kerja kerja, senang aku tatang bagai minyak yang penuh dalam secangkir gelas kaca. Kadang kadang tidak juga kemas, terjuir sedikit minyaknya ke luar bibir gelas. Yang pokoknya berjaya di letak atas meja; hidang. Jadi hari, pagi, menjadi, saja aku buat kan untuk dia. Biar senang hatinya walau secankir kata..

Tuesday, March 12, 2013

Mimpi ; Sang Ungku


Termimpi, terjaga, mengelamun....mimpikan pada yang dipanggil Sang Ungku. Hebat cerita, hebat lagi realiti. Yang mimpi tu, tak releven nak diceritakan. Harap pembaca faham situasi ni. Jauh dia duduk diam diam. Bila lagi agaknya bersua. Kalau diizin, genaplah 2 kali Lebaran nanti dia meninggalkan. Apa agaknya dia disana, apa agaknya keringat dia, apa agaknya.. Bila dikata tak indah, tipulah..macam macam kami simpan dan satu satu saya hapuskan. Yang ada, tinggal sebentuk cantik tersemat di jari manis. Mungkin tak lama, mungkin juga dipulangkan satu hari nanti.

Tentang rupa; tinggi orangnya. Sedap mata memandang. Cantik senyumnya..menampakan barisan gigi atas hehe Tentang personalitanya; wow mencairkan..ahh bila dia cakap "i see you later, hun" je pun dah boleh menggigil terus cair.

Tentang kasih sayangnya; pemurah hati..tak rugi. Kalau diberi sebakul rotan, dipenuhinya dengan gula gula..indah gebunya. Haha

Tentang caranya; sengaja dibiar menarik muka, datang tepat masanya...something you might think this is silly, di hantarnya sekeping poskad, setiap hari yang setiap satu tertera "Aku Sayang Kau Gila!" i mean, haha isn't this crazy? Setakat yang disimpan adalah dalam 137 keping.

Tapi itu semua dah berlalu. Doaku sentiasa untukmu, wahai Sang Engku. Moga bertemu lah kamu dengan kehebatan. Moga kau tenang disana..

"Dalam kepala asyik teringatkan perkara itu dan perkara ini, Dalam kepala asyik kata pekiklah tentang kau yang layak dicintai, Dalam kepala asyik aku sedang berbesar hati merindu seseorang..disayangi..dicintai.."

Monday, March 11, 2013

Lagu by Bo Amir Iqram



Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah
Jika dirimu sentiasa
Di sisiku sayangku
Berikanku hanya satu
Hanya satu
Lagu
Hariku
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan suaramu divaku

Pain! Pain! And lots of it!


"Terjaga sedar dari lenanya, dibuai mimpi dengan sengaja"

March 10th, i'm having this really excrutiating abdominal cramp and it's taking me all day to get well. Yaiks it's hideous just to think of it. You can't feel anything except the numbness and pain at the abdominal, when your knees to your chest, you can't line up straight even lie down gosh imagine this. Well, someday it will go i hope. And for the meantime, staying healthy is the main thing now; staying alive is the other thing, survive. Ya Rabb, give your kindness..help us to redeem and repent. Until next time people, peace out.

Sunday, March 10, 2013

Pemuda Dejavu



"Angin deru biar aku siulkan, biar lena tidur malam mu.."

Haha salam muhibah buat pembaca, harapan semua baik baik sahaja. Hari ni agak special (harapan setiap malam pun begitu). Bila hati dah melekat pada satu jiwa, mulalah berayat ayat segala. Dan agaknya sama dengan semua pembaca yang dah berpunya. Yang masih belum, cuba cuba lah lagi. Tingkatkan usaha. Ada tu yang menanti..tak jauh dekat, tak lama singkat. Appreciate them..tak kira siapa, kawan, atau kekasih hati. Mungkin dari kawan boleh jadi the one and only..haha.. Simpanlah baik baik..
P/s: don't date whore

#Pemuda Dejavu
Dipangkuan langit bulan tersenyum,
Ketika nyanyikan lagu run jhun,
Taufan kencang melanda,
Kelip kelip terbang,
Ungkapan muncul dari bibir yang diam,
Dalam dunia penuh bisu,
Di hilir sungai Yamana,
Rebahkan jasadku,
Damaikan seisi penjuru,
Sampai aku tahu,
Kau bagai dejavu,
Yang selalu dipujaku...

Saturday, March 9, 2013

Masa untuk Lover



Sibuk macam mana pun mesti nak ada masa untuk diri sendiri, tak termasuk masa untuk kawan kawan, keluarga dan yang paling penting lover.. Masa untuk lover sangat penting. Pengalaman mengajar saya banyak tentang masa + lover + kehidupan..fuhh penatt. Tapi agak berbaloi bila balik kerja dengan kelesuan badan tulang empat kerat ni bila lover yang setia menunggu, tersenyum..haha best sebenarnya feeling tu. Masa, masa juga menentukan semua. Seperti mengenali hati budi seseorang tu, menghayati tingkah lakunya, dan pada saya masa itu sendiri mengajar erti kesabaran dalam kehidupan berpunya. Mana tak nya, kalau dua dua berjauhan mana ada masa hari hari nak jumpa kan? Jadi adalah masa merindui. Terisi ruang ruang masa dengan kerinduan, maka lagi kuat lah hubungan tu..saya percaya akan ini. Jadi walau macam mana pun sibuk carilah masa untuk call/text sidia yang sedang menunggu setia. Jangan cemburu kalau masa tak menyelebelahi kamu...pengalaman mengajar.

#NowPlaying Ku Akui by Hafiz

Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui
Aku leka dengan kerjayaku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku
Jangan jangan jangan ku ulangi lagi
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau disisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku

Friday, March 8, 2013

Yellow by Coldplay



Look at the stars,
Look how they shine for you,
And everything you do,
Yeah, they were all yellow,
I came along I wrote a song for you,
And all the things you do,
And it was called 'Yellow',
So then I took my time,
Oh what a thing to've done,
And it was all yellow,
Your skin, oh yeah, your skin and bones,
Turn into something beautiful,
D'you know? You know I love you so,
You know I love you so I swam across,
I jumped across for you,
Oh what a thing to do,
'Cause you were all yellow,
I drew a line I drew a line for you,
Oh what a thing to do,
And it was all yellow,
Your skin, oh yeah, your skin and bones,
Turn into something beautiful,
D'you know? For you I bleed myself dry,
For you I bleed myself dry It's true,
Look how they shine for you,
Look how they shine for you,
Look how they shine for,
Look how they shine for you,
Look how they shine for you,
Look how they shine,
Look at the stars,
Look how they shine for you,
And all the things that you do

Better than Karma



When you're playing with something great and it consist nothing you can be near it; as like you will be getting desease or be cheaten by death. Take note on this, while you're happy and whatever you might think you're happy 'tulah' was playing with you..yeah it's never near a karma and it's greater. So please read the name carefully, you don't want to wind up a dead body at the side of a road or your body parts been donated to some needed people. Like seriously don't do that, don't play, don't say if you don't know anything..trust me it'll get you

Thursday, March 7, 2013

Menahan lapar dan dahaga



Selamat Berbuka bagi yang berpuasa sunat.

Mukadimah



Dah masuk 5 hari baru nak mulakan satu permulaan..salam sanjung buat pembaca. Sepuluh jari rapat disusun, sepuluh lebar harap bersantun. Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim.. Maka mula lah satu perjalanan yang disangka remeh dan kerdil. Senang hati mahu berkongsi pada semua, perjalanan yang gundah gulana, penuh debaran setiap satunya, harapan untuk semua terhibur hendaknya.. Haha inilah saya, seorang penglipur lara, kecil kecilan; sendiri pun tak menduga. Ayat ayat sangat? Entahlah dah terbiasa dengan bahasa macam ni.. Sedaya upaya nak kekalkan blog ni lite lite je jadi senang pembaca tak perlu nak pening kepala. Okay macam ni lah, berterus terang lagi baik kan? Nak cari teman/kawan untuk berkongsi cerita bukan senang, dan bukan semua sudi nak dengar pun. Jadi terbitlah blog ni, rasa macam ada je tempat mengadu..haha. Tajuk blog; Aku Patut Tidur, sebenarnya saya memang susah sikit nak tidur..ada je macam macam nak difikirkan. Tidur tu best, terlalu best sampaikan sebelum nak tidur tu sendiri memikirkan betapa indahnya dapat mimpi yang macam tu yang macam ni...last last dah puas berangan tak tidur pulak kan. Haha itu saya. I'm a dreamer. I think a lot. And there always something up my mind. So...ampun dan maaf kalau kalau mungkin ada bahasa yang agak terasa, harap harap singgahan sekejap ni dapat menghibur atau memberi inspirasi pada semua pembaca.. Jaga diri, kasihani diri, jadi seorang yang sejati.. =)

Wednesday, March 6, 2013

Chirp chirp anyone?



Follow my twitter account @KuAiMuhamad

The End



Hye..and so i guess this is the end of Rasaksa Biskut Biru. It's not like everyday you meet someone with a great sense of humor, good looking, and anoyingly great..haha. Quality is what my Rasaksa Biskut Biru was. Although letting go is hard, but seeing Rasaksa Biskut Biru infront is a lot harder than i thought it was. It is not like you been dumped, betrayed or left so heartbroken that you didn't ever want to love again..i felt this, hard. I was in love. Nothing can replace my Rasaksa Biskut Biru, made in heaven. If you're reading this and i just want to let you know, i've never left you...and thanks for the time. You kill me and now i'm gone..

Coffee by Yuna



I'd rather stay inside than being out tonight,
Just sipping coffee and nothing to look forward to,
Savoring my solitude,
And no one will ever know you the way I do,
In high definition I'm dreaming of you,
With my disposition I'm losing my cool,
With my everything I'd give anything to be with you,
And I will try my best to let it subside,
I'm letting go without taking any part of,
Something what my heart truly wants,
And no one will ever see you the way my eyes do,
In high definition I'm dreaming of you,
With my disposition I'm losing my cool,
With my everything I'd give anything to be with you..

Tuesday, March 5, 2013

Lagu Yang Satu



Dimulakan dengan lagu,
Segar dengan lagu yang satu,
Sampai bila bila berdendang dengan lagu,
Dimainkan lagu bila ingatkan kamu,
Tapi belum tahu sampai bila boleh hidup dengan itu,
Kerna yang aku mahu bukanlah lagu,
Sampai bila bila aku akan terus menunggu,
Walau aku bukan siapa pada kamu,
Akan tetap ku dipetik gitar menyusun lagu,
Biar aku hinggap depan matamu,
Biar aku nyanyikan lagu malam beradumu,
Biar kejora satu satu aku kailkan hiasi sudut kecil halamanmu,
Biar bulan terang aku gantungkan jadi lampu menyuluh malam mu..
Biar lama aku tunggu, Yang aku mahu hanyalah kamu...lagu yang satu
#NowPlaying Skyfall by Adele

Monday, March 4, 2013

Bila Agaknya



Aku mahu menjadi mimpimu..
Aku mahu menjadi harapanmu..
Aku mahu menjadi fantasimu..
Aku mahu menjadi cintamu..
Aku mahu bersamamu berdiri di puncak gunung tertinggi..
Aku mahu bersamamu berenang air di dasar lautan terdalam..
Aku mahu bersamamu lintas banjaran terpanjang dunia..
Aku mahu bersamamu bina istana tersegam megah..
Aku mahu bersamamu memanjat tiang kencana..
Aku mahu bersamamu terbang ke langit..
Aku mahu bersamamu petik bintang timur..
Aku mahu bersamamu singgah di pelantar kayangan..
Aku mahu bersamamu beradu terulit bayu angkasa..
Bila agaknya..

Sunday, March 3, 2013

Rasaksa Biskut Biru



Tidurlah mata, tidurlah asmara; patut mengalih fikiran pada gelap biar senang lena..moga bangun nanti dpt aku lupakan Rasaksa Biskut Biru tu

Aku patut tidur



The whole hour atas katil matanya mengantuk tapi fikirkan kepada satu..kenapa muncul lagi perasaan ni? Kenapa atau apa, sedangkan dah ada yang punya tapi dapat merasakan connection tu masih ada, masih kuat; utuh. Salah sendiri sebab terbawa bawa? Salah siapa yang temukan kita? Apa semua ni kaedahnya? Sampai bila? Kuat perasaan ni, terasa bahangnya lagi, susah rasanya nak melupakan bila dikata pasal hati, bila agaknya jawapan tu datang nanti..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...