Tuesday, March 5, 2013

Lagu Yang Satu



Dimulakan dengan lagu,
Segar dengan lagu yang satu,
Sampai bila bila berdendang dengan lagu,
Dimainkan lagu bila ingatkan kamu,
Tapi belum tahu sampai bila boleh hidup dengan itu,
Kerna yang aku mahu bukanlah lagu,
Sampai bila bila aku akan terus menunggu,
Walau aku bukan siapa pada kamu,
Akan tetap ku dipetik gitar menyusun lagu,
Biar aku hinggap depan matamu,
Biar aku nyanyikan lagu malam beradumu,
Biar kejora satu satu aku kailkan hiasi sudut kecil halamanmu,
Biar bulan terang aku gantungkan jadi lampu menyuluh malam mu..
Biar lama aku tunggu, Yang aku mahu hanyalah kamu...lagu yang satu
#NowPlaying Skyfall by Adele

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...