Thursday, March 28, 2013

Manis

Kalian semua manis. Dan aku sangat canggung. Maka aku cuma diam. Dan simpan rindu yg menggunung.

Sunday, March 24, 2013

Hari Itu Hari Yang Biasa

"I guess i never let you go because in the back of my mind i still believe that someday, we'll get our second chance." 

Hari itu hari yang biasa. 
Aku sudah lupa hari itu, hari apa cuma yang terlekat dalam akar akar kepala adalah perasaan aku yang sungguh terdesak mahukan dia. Terdesak mendambakan hangatnya pelukkan dia kerana aku sudah terlalu lama pujakan cintanya. Mulanya aku tak pasti, keterdesakan yang bagaimana tapi pokoknya aku perlu jumpa dia. Aku mahukan dia. Biar dia tak tahu tentang perasaan aku tapi tetap aku mahukan dia. Biar mahu difikirkan apa oleh dia pada aku. Aku hanya mahukan dia! Jadi aku taip text yang berupa "Jum lepak *****, havin coffee.." Dan dia katakan 'ya'. Ah! Aku suka! Jadi malam itu kami bersua. Habiskan masa senggang di tengah kota, berdua. Jalan jalan melihat itu, membeli ini. Merayau entah lagi. Senang rasanya hati. Makin lama, makin rasa bahagia. Entah kenapa. Senang bila dengan dia. Aku terpaku. Mulalah datang semua satu persatu. Yang aku sudah terikat dengan kemanisan. Yang dia sudah berpunya. Simpan lagi aku dalam dalam. Hakikatnya, kami gembira dengan yang sekarang. Sahabat. Habis? Haha! Belum lagi. 


Dihadiahkannya sepasang sepatu. Tak mampu aku berkata. Tak mahu, tapi daripada dia. Kalau daripada dia dengan senang hati aku terima. Walau sekeping gula getah pun aku sanggup kunyah kalau daripada dia. Senang hati. Peluk aku dengan kotak sepatu baru sepanjang perjalanan. Indah tapi sejuk..bukan lagi milik aku..

Friday, March 15, 2013

Jumaat Yang Biasa


Hari ini; Jumaat. Hujan tak singgah macam selalu selalu seperti semalam semalam dalam minggu ini. Belakangan ini pun, aku tak tahu kenapa lekas betul aku celik mata padahal aku selalunya tidur lewat, kekadang sampai jam satu lebih atau dua. Pun tetap lima setengah, selalu bunyi Twitter notification aku rajin kejutkan. Entah siapa siapa. Jumaat ini tak ada beza dengan jumaat selalunya. Celik mata pusing ke kanan, kosong. Ke kiri pun kosong. Macam biasa, terus bersihkan diri menunggu subuh. Jumaat ini tetap serupa. Bukan jumaat saja serasanya, sama juga dengan hari-hari lain. Terus ke jendela yang pintu kacanya selalu tertutup, kerja akulah yang membukanya kalau subuh. Dari sini; aku pandang tegak ke langit. Macam macam aku fikirkan pagi ni. Harapan tanggal March 15 dapat membuahkan sesuatu kelainan. Teringat aku pada seorang kawan, tak jauh tapi jenuh juga duduk dalam kereta kalau ke rumahnya. Perlu seberang tambak, lagi tambahan setengah jam ke kediamannya. Ben. Bisikan hasrat Ben pada aku dulu "You penulis yang bagus dan you ada cerita hidup yang bagus. You tak perlukan cerita orang orang lain. You dah ada sebuah hidup yang paling bagus untuk dibukukan untuk orang lain baca..." Aku iyakan saja. Memang aku mahu kongsikan satu satu kenangan dalam buku buku aku untuk pembaca pembaca cerita aku. Cumanya aku belum tahu apa dan mana satu yang patut dimulakan kerana semuanya bermakna belaka. Belum habis siap satu cerita, aku sudah memikirkan tentang cerita yang lagi satu. Begitulah aku...

Thursday, March 14, 2013

Step Up


When a resolute young fellow steps up to the great bully, the world, and takes him boldly by the beard, he is often surprised to find it comes off in his hand, and that it was only tied on to scare away the timid adventurers.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...